Sunday, 15 June 2014

Phyto Science 2Sllim - Weight Loss (Bahasa Malayu)

2 SLLIM revolusi formula pengurusan berat badan menyediakan ketiga-tiga ramuan yang berkuasa, berpaten dan terbukti secara klinikal untuk pengamal diet, iaitu Super Citrimax, PhytoCellTec Argan dan PhytoCellTec Solar Vitis. 2 SLLIM adalah yang pertama dalam industri pemakanan dengan rekod baik yang terbukti secara klinikal untuk keberkesanannya dan bukan sekadar gembar-gembur.

Tumpuan ramuan:

Gabungan unik kami, iaitu Garcinia Cambogia (Super Citrimax), ekstrak biji Kopi Hijau dan sel-sel stem dua jenis tumbuhan membolehkan berat badan turun menerusi pembaikan sel untuk kesempurnaan badan kita.

Super Citrimax – Terbukti secara klinikal dapat menyekat selera makan, membakar lemak, mengurangkan BMI dan menurunkan berat badan. Semuanya tanpa kesan sampingan negatif.

Ia juga meningkatkan tahap Serotonin yang dapat meningkatkan emosi dan kualiti tidur di samping mengurangkan rasa lapar dan mencegah makan berlebihan.

PhytoCellTec Argan dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan penjanaan semula sel-sel stem kulit dan sekaligus mencapai keremajaan kulit dari dalam.
PhytoCellTec Solar Vitis dipercayai dapat melindungi sel-sel stem epidermis daripada tekanan UV dan penuaan kulit yang disebabkan oleh cahaya.

Ekstrak biji Kopi Hijau kaya dalam asid klorogenik yang membantu membentuk keluk badan kerana ia hanya mensasarkan jisim lemak dan bukan jisim otot.

2 SLLIM adalah sesuai untuk:

- Orang yang sibuk: Kebanyakan kita menggunakan 80% daripada masa kita bekerja keras untuk hidup. Kadang-kadang, kita menghabiskan masa berjam-jam berulang alik dari kerja.

Semua ini menyebabkan kita tiada masa untuk melakukan senaman yang diperlukan untuk penurunan berat badan. Kini, Super Citrimax bertindak sepanjang masa untuk membantu anda mengurangkan berat badan dengan mudah.

- Mereka yang ingin memiliki struktur tulang yang sihat: Kalsium adalah diperlukan untuk menyokong fungsi tulang dan gigi, membantu dalam fungsi otot dan penghantaran saraf. 2 SLLIM mengandungi kalsium dalam jumlah yang sederhana untuk penjagaan kesihatan umum.

- Mereka yang ingin mengekalkan tahap kolesterol yang sihat: Menurunkan kolesterol secara semulajadi boleh menyelamatkan nyawa anda. Turunkan kolesterol LDL anda di bawah 100 memberikan perlindungan yang kuat terhadap penyakit jantung.

- Mereka yang ingin meningkatkan kesihatan kulit: PhytoCellTec Argan diperolehi daripada pokok argan yang jarang dijumpai. Ia boleh menyuburkan sel-sel stem kulit yang bertanggungjawab untuk menghasilkan kolagen dan elastin, memulihkan ketegasan kulit dan mengurangkan kedut.

- Mereka yang suka aktiviti luar: Seperti yang kita tahu, radiasi UV bertanggungjawab atas 80% penuaan kulit. Bagi mereka yang suka melakukan aktiviti luar, sinaran UV telah menjadi salah satu isu yang paling membimbangkan. Walaupun penapis perlindungan matahari digunakan, toksin dan radikal bebas tetap dihasilkan oleh UV pada kulit. PhytoCellTec Solar Vitis dapat melindungi kulit kita daripada tekanan UV dan melawan foto-penuaan.

LAPAN SEBAB MEMILIH 2 SLLIM
1. Selamat, semulajadi dan tidak akan membentuk tabiat

Ramuan utama 2 SLLIM – Super Citrimax memperoleh taraf GRAS yang disahkan oleh Kumpulan Burdock, pakar toksikologi utama di Amerika Syarikat dalam menilai keselamatan bahan-bahan makanan dan minuman. Profil keselamatan yang komprehensif telah ditubuhkan dan ini menunjukkan margin keselamatannya yang luas untuk kegunaan manusia.

2. Meningkatkan Serotonin

2 SLLIM meningkatkan tahap plasma Serotonin yang berkaitan dengan pengurangan pengambilan makanan dan pengurangan berat badan. Mekanisme ini akan memastikan badan kita tidak mengalami fenomena melantun selepas berhenti mengambil produk 2 SLLIM.

3. Tidak perlu diet khas atau senaman rutin

2 SLLIM membantu untuk mencapai berat badan yang sihat sambil mengurangkan selera makan dan membakar lemak badan, maka diet atau senaman rutin adalah tidak diperlukan. Kajian klinikal menunjukkan bahawa Super Citrimax mempunyai kesan yang tiga kali lebih besar daripada diet dan senaman sahaja.

4. Tanpa kesan julap dan diuretik

2 SLLIM tidak akan menyebabkan sakit perut, ketidakselesaan atau iritasi. Ia sesuai untuk diambil setiap hari pada bila-bila masa.

5. Produk terbukti secara klinikal dan saintifik

Terdapat penyelidikan dan bukti yang kukuh menunjukkan bahawa bahan aktif yang digunakan dalam 2 SLLIM boleh membawa kepada keberkesanan penurunan berat badan tanpa kesan sampingan.

6. Produk yang serupa disahkan syarikat terkenal di dunia

Ramuan Super Citrimax telah digunakan secara meluas sebagai ejen menguruskan badan dalam beberapa jenis minuman kesihatan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat seperti Pepsi Co., Coca-Cola Co., Yakult, Unilever dan sebagainya.

7. Ramuan berpaten

Semua bahan aktif yang digunakan dalam formulasi 2 SLLIM telah dianugerahkan paten Amerika Syarikat sementara menunggu untuk paten lain di seluruh dunia atas formulasi unik dan keberkesanannya.

8. Sesuai untuk mereka yang mencari gaya hidup yang sihat

Sumber kalsium yang baik terdapat di dalam formulasi 2 SLLIM. Ia akan membantu untuk mencegah osteoporosis. Tambahan pula, ramuan utama – Super Citrimax ditunjukkan dapat menggalakkan tahap kolesterol yang normal dengan merendahkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL di samping meningkatkan kolesterol HDL.
 
For order and queries:
 
WhatsApp/SMS : +6012-2604057
SMS: +6012-2833884
 
 
 
 
 
 
 
 


 


No comments:

Post a Comment

Testimonies